Search

header ads

[SINARH] Anwar terima kunjungan hormat Prabowo



PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menerima kunjungan hormat Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto. Prabowo tiba di Perdana Putra pada 9 pagi, yang merupakan sebahagian daripada rangka lawatan khas sehari beliau ke Malaysia. Ini merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini selepas diumum sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029. Semalam, pesawat khas yang membawa Prabowo bersama delegasi selamat mendarat di Pangkalan Udara Subang pada 10.15 malam. Beliau turut dijadual menghadiri mesyuarat tertutup bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Kuala Lumpur hari ini. - Bernama Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-04-04 9:44:0

Catat Ulasan

0 Ulasan