Search

header ads

[SINARH] Bersatu ambil tindakan susulan terhadap 6 ahli Parlimen - Muhyiddin



HULU SELANGOR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan tersebut dilakukan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan parti selaras Akta Lompat Parti. "Saya dah maklum hari itu selepas kita (bincang) panjang lebar dan tidak perlu umumkan ini sebagai satu strategi. "Prosedur itu kita akan patuh supaya tiada kesilapan pihak yang bertanggungjawab, yang penting perlu ambil terhadap mereka (enam ahli Parlimen)," katanya ketika ditemui selepas penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu di sini pada Sabtu. Sebelum ini media melaporkan, Bersatu menyerahkan kepada Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk melaksanakan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Langkah itu susulan pindaan terhadap Perkara 10 perlembagaan parti itu, yang akan melucutkan serta-merta keahlian wakil rakyatnya jika menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak bertentangan dengan arahan atau pendirian parti. Enam ahli Parlimen terbabit ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abu Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan). Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan akan berlaku boikot susulan meletakkan calon Melayu, Pengerusi PN itu menegaskan, tindakan sedemikian hanya akan merugikan rakyat Kuala Kubu Baharu. "Sebagai pengundi, tidak sepatutnya berbuat demikian. Kalau mereka boikot, ia beri kelebihan kepada calon Pakatan Harapan (PH) dan Bebas. "Kalau mereka tidak puas hati, gunakan hak mengundi dan jadi pembangkang yang berkesan," ujarnya. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-04-27 13:13:0

Catat Ulasan

0 Ulasan