Search

header ads

[SINARH] Gempa bumi di New Jersey, New York: Kementerian Luar giat selaras usaha



KUALA LUMPUR - Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di New York, ingin mengesahkan bahawa satu gempa bumi berukuran 4.8 magnitud melanda berhampiran Stesen Whitehouse, New Jersey, pada kira-kira jam 10.20 pagi (waktu tempatan) pada Jumaat. Kementerian Luar dalam kenyataan pada Sabtu berkata, gegaran dirasai di seluruh kawasan Tri-State (New York, New Jersey, Connecticut) dan sejauh utara Massachusetts. Menurut kenyataan itu, walaupun tiada laporan kerosakan besar atau kecederaan dilaporkan, pihak berkuasa masih menilai keadaan dan situasi semasa. Notis pemberhentian darat telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan di lapangan terbang utama dan menggantung beberapa perkhidmatan pengangkutan awam buat sementara waktu. Kementerian Luar berkata, Konsulat Jeneral Malaysia di New York sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Ia juga berkata, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di New York di alamat: 313 East 43rd Street New York, NY 10017 atau melalui nombor telefon: +1(212) 490 2723 atau melalui e-mel: mwnewyorkcg@ kln.gov.my. Sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. - Bernama Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Read more:SINARH
2024-04-06 7:55:0

Catat Ulasan

0 Ulasan