Search

header ads

[SINARH] Jaafar Onn hasrat sambut Syawal di kampung



PELAKON veteran, Allahyarham Jaafar Onn, 73, berhasrat untuk membuat jamuan makan bersama sanak-saudaranya di kediaman keluarga di Batu Tiga, Kampung Tanjung Gading bagi meraikan Syawal ini. Kakak Allahyarham, Teh Awang, 80, berkata, Allahyarham yang dikenali dengan sifat pemurahnya telah memaklumkan mahu menempah khemah bagi meraikan Syawal nanti, selain memberikan wang. Menurutnya, kali terakhir mereka bertemu ketika arwah pulang berbuka puasa bersama-sama keluarga pada Ramadan ketujuh ditemani anak angkat dan rakannya. "Sebelum Ramadan pun dia dah suruh pasang khemah nak buat kenduri menyambut Ramadan, kemudian dia kata Syawal ini pun nak tempah khemah lagi, namun tidak kesampaian. "Kelmarin saya diberitahu kesihatannya merosot, dalam jam 11 lebih saya diberitahu Jaafar dah tiada," katanya ketika ditemui di rumahnya di Batu Tiga, Kampung Tanjung Gading di sini pada Rabu. Anak angkat Allahyarham, Hanif Mohd Hashim, 30, berkata, beliau menyatakan hasrat untuk menghantar Allahyarham beraya ke Muar kerana akan pulang ke kampungnya di Kedah. Menurutnya, kebiasaan setiap tahun arwah yang mesra dipanggil papa akan menyambut Syawal di Kuala Lumpur bersama rakan-rakan yang lain, namun berbeza kali ini apabila Allahyarham menyuarakan mahu bersama keluarga. "Saya memang nak hantar dia balik ke Muar dan dia pun bersetuju, rupanya hari ini saya hantar dia pulang selama-lamanya. "Banyak kenangan bersama arwah papa yang akan saya rindui dan arwah sememangnya insan yang baik," katanya. Terdahulu, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al Firdaus Tanjung Gading di sini pada jam 8.30 malam Rabu. Allahyarham Jaafar Onn sebelum ini disembahyangkan di kediaman keluarganya di Batu Tiga Kampung Tanjung Gading dan sekali lagi di Masjid Jamek Al Firdaus Tanjung Gading sebelum dibawa ke tanah perkuburan. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Read more:SINARH
2024-04-03 22:26:0

Catat Ulasan

0 Ulasan