Search

header ads

[SINARH] 'Jangan lakukan mudarat kepada orang lain'



SHAH ALAM - Umat Islam di negara ini diminta untuk menangani secara berhemah isu melibatkan penjualan stoking tertera kalimah ALLAH oleh rangkaian kedai serbaneka KK Super Mart. Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Masyarakat Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, walaupun terkesan dengan perbuatan itu, mereka tidak boleh sama sekali melakukan perkara yang mendatangkan kemudaratan kepada orang lain. "Sebagaimana yang disebut oleh Sheikh Dr Yusof al-Qaradawi, kita khuatir tindakan seperti membaling bola api misalnya, boleh mencetuskan kecederaan kepada orang yang tidak bersalah. "Sebagai contoh, kalau kita lempar bom dan ia boleh meletup. Tapi, kena ingat bagaimana dengan kedai-kedai yang ada di sebelahnya juga akan terkesan sedangkan mereka tak bersalah. "Oleh sebab itu, kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mereka yang tak mempunyai sensitiviti kepada agama Islam dan yang tidak menghormati umat Islam di negara ini," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa. Pada masa sama, beliau turut mengajak umat Islam agar terus membela agama dan syariat Islam dan mempertahankan nama ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun, serta tidak memberi peluang kepada mana-mana pihak untuk mempermainkan dan mempersendakan nama ALLAH. Bagi isu boikot pula katanya, ia terserah kepada rakyat sama ada ingin membeli atau tidak di premis berkenaan. "Bagi mereka yang mempunyai sifat untuk mempertahankan syariat dan nama ALLAH, untuk mengajar serta mendidik golongan yang tidak sensitif ini dengan memboikot, mereka bebas untuk tidak membeli di kedai tersebut. "Saya harap, semua orang dapat bertenang dan kita serahkan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab. "Insya-ALLAH, saya yakin Islam akan terpelihara dan umat Islam di negara ini tahu apa yang perlu dilakukan bagi memastikan golongan ini insaf dan kembali ke jalan yang benar," jelasnya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Read more:SINARH
2024-04-03 8:0:0

Catat Ulasan

0 Ulasan