Search

header ads

[SINARH] Kartel padi, beras: KPKM tidak campur siasatan MyCC



PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berikrar tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dengan kartel padi dan beras. Menterinya, Datuk Seri Mohammad Sabu menegaskan, pihaknya juga tidak akan mencampuri sebarang urusan siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). "KPKM tiada halangan dan sentiasa bersedia memberikan sebarang maklumat kepada MyCC pada bila-bila masa diperlukan," tulis beliau menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin. Beliau berkata demikian mengulas mengenai persoalan kewujudan kartel padi dan beras oleh pihak media. Ujar beliau, antara fungsi MyCC adalah menyiasat kewujudan kartel dalam ekonomi negara. "Soalan ini saya sudah jawab beberapa kali pada media sebelum ini tapi mungkin mereka terlepas pandang. "Semoga penjelasan ini dapat memberikan pencerahan pada semua," kata beliau. Pada Januari lalu, KPKM menafikan kewujudan kartel atau mafia yang didakwa terbabit dalam penentuan harga beras dan benih padi. Pihaknya telah mengeluarkan 39,000 lesen dalam usaha memastikan tiada kartel atau mafia memonopoli industri padi dan beras negara. Lesen itu merangkumi Lesen Borong Beras, Lesen Eksport, Lesen Import, Lesen Kilang Padi, Lesen Membeli Padi, Lesen Beras Runcit dan Kelulusan Khas Menjual Benih Padi bagi benih padi sah (BPS). Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Read more:SINARH
2024-04-15 11:53:0

Catat Ulasan

0 Ulasan