Search

header ads

[SINARH] Nelayan jumpa mayat terapung di laut



KEMAMAN – Seorang nelayan menemukan mayat terapung berdekatan Kuala Kemaman dekat sini pada Khamis. Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, nelayan terbabit membuat aduan berhubung penemuan itu di Pusat Operasi Maritim Kemaman sekitar jam 12.30 tengah hari tadi. "Sebaik menerima aduan kita telah menggerakkan bot Maritim Perkasa 49 ke lokasi dilaporkan di kedudukan 6 batu nautika timur laut Kuala Kemaman. "Mayat mangsa ditemui sekitar lebih kurang jam 1.30 tengah hari namun tiada sebarang identiti bersamanya," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis. Menurut Ariffin, mayat berkenaan dibawa ke jeti Maritim Kemaman dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. "Berdasarkan lokasi serta fizikal tubuh mayat, kemungkinan besar ianya merupakan mayat warga Thailand yang dilaporkan hilang pada 31 Mac lalu," katanya. Sebelum ini operasi mencari dan menyelamat (carilamat) Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuantan diaktifkan pada 31 Mac lalu bagi mengesan serta mencari seorang nelayan warga Thailand yang dikhuatiri hilang ketika melakukan penyelaman untuk membuang tali yang tersangkut pada bebaling bot dikendalikannya. Bagaimanapun, operasi berkenaan ditamatkan pada jam 7 malam pada 2 April lalu selepas pencarian mangsa selama tiga hari tidak menunjukkan sebarang petunjuk positif. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-04-04 18:37:0

Catat Ulasan

0 Ulasan