Search

header ads

[SINARH] Pekerja kurier terkilan tak sempat hantar barang, penerima meninggal dunia



SHAH ALAM - Aidilfitri memberi seribu satu perasaan, umat Islam bergembira meraikannya bersama keluarga tanda kemenangan melaksanakan ibadat pada bulan Ramadan. Pun begitu, ada antara mereka terpaksa berduka mengharungi pelbagai ujian hidup seperti sebuah kisah meruntun hati yang dikongsikan seorang pemuda di laman X. Menerusi perkongsian itu, dia yang bekerja sebagai kurier mendapat tugas menghantar bungkusan ke Perlis baru-baru ini, namun terkilan kerana penerimanya telah menghembuskan nafas terakhir beberapa jam sebelumnya. Menurutnya, bungkusan yang berisi baju raya dikirim dari Pulau Pinang oleh si anak tidak sempat diterima bapanya. "Cerita sedih pada hari ini, aku menghantar sebuah bungkusan baju raya di rumah seorang pelanggan. Anaknya yang berada di Pulau Pinang membelikan baju untuk ayah sebagai hadiah kejutan. "Aku hantar bungkusan berkenaan ketika waktu petang tetapi penerima itu sudah meninggal dunia pada tengah hari. Aku berasa amat sedih dan terkilan lalu menelefon anak arwah untuk memaklumkan, rupanya dia sudah dalam perjalanan pulang ke kampung sambil kedengaran suara menangis teresak-esak. "Ketika aku hantar bungkusan, isteri arwah yang menerima barangan ketika dihulur berkata, pak cik sudah tiada. Tidak sempat arwah melihat baju raya yang dibeli anak," ujarnya. Kata pemuda itu, walaupun tidak mengenal arwah secara peribadi namun kesedihan sangat dirasai. Bicaranya lagi, bagi meredakan hati dia memutuskan untuk melawati rumah arwah pada sebelah malamnya. "Bila mendengar berita seperti itu, otak aku terus bercelaru. Aku terpaksa berhentikan motosikal di tepi jalan untuk berehat sekejap dekat bawah pokok bagi tenangkan hati. "Selepas solat tarawih pada malam itu, aku melewati sekali lagi di depan rumah arwah dan ternampak sekujur tubuh selamat dimasukkan ke dalam van jenazah. Berangkatlah pak cik ke negeri abadi," katanya. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-04-06 9:20:0

Catat Ulasan

0 Ulasan