Search

header ads

[SINARH] Pelajar dakwa diugut bunuh kerana lapor salah laku dua beradik



SANDAKAN - Dua pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah di sini bukan sahaja menjadi mangsa buli, malah turut diugut bunuh oleh dua beradik yang juga pelajar sekolah berkenaan. Suspek yang masing-masing pelajar Tingkatan Dua dan Lima itu mengancam mangsa dikenali sebagai Umair dan Yasin menggunakan besi katil patah serta penyodok sampah sekiranya tidak mengikut kehendak mereka. Kejadian dipercayai berlaku pada Ahad ketika mangsa membuat laporan kepada warden berhubung tindakan dua beradik itu yang keluar asrama melalui lubang longkang di belakang asrama. "Perbuatan mereka salah, jadi kami laporkan kepada warden, namun kami pula jadi mangsa. "Mereka masuk bilik kami dan ancam dengan besi katil yang patah dan penyodok sampah sambil ugut bunuh jika bertindak melampau," menurut Yasin. Difahamkan, kedua-dua mangsa yang trauma tidak berani untuk turun bersahur di dewan makan kerana bimbang dilihat dua beradik berkenaan. Sementara itu, Umar memberitahu, mereka sekadar menyorok dalam bilik asrama bagi mengelak dikesan dua suspek itu. "Kami bertapuk-tapuk (menyorok) sahaja dari malam tadi sebab takut mereka nampak kami. Mereka ugut untuk 'kenakan' kami pada waktu siang. "Jadi kami sanggup tidak bersahur sebab takut mereka nampak kami," katanya. Dalam pada itu, seorang warden wanita memaklumkan, dua beradik tersebut kini dalam pemerhatian pihak sekolah susulan masalah disiplin selain turut melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Read more:SINARH
2024-04-01 21:6:0

Catat Ulasan

0 Ulasan