Search

header ads

[SINARH] PJR Aidilfitri di 302 lokasi, tawar potongan harga istimewa



SHAH ALAM - Program Jualan Rahmah (PJR) Aidilfitri akan dilaksanakan di 302 lokasi di seluruh negara dan menawarkan potongan harga istimewa sehingga 30 peratus. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, inisiatif tersebut dilaksanakan untuk membantu rakyat melakukan persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Menurut Ahli Parlimen Papar itu, program tersebut akan bermula pada 4 hingga 9 April 2024 untuk terus memperluaskan agenda Payung Rahmah Madani. "PJR Aidilfitri kali ini akan melibatkan jualan produk barangan keperluan asas pada kadar potongan harga antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga jualan asal. "Selain penjualan barang-barang kering sebagaimana kebiasaan, PJR Aidilfitri juga menawarkan jualan barangan keperluan harian lain seperti ayam, daging lembu, beras, rempah-ratus dan sebagainya. "Ini bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat untuk membeli keperluan asas pada harga lebih murah khususnya dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Pada 10 Mac lalu, sebanyak 452 lokasi PJR Ramadan telah dilaksanakan di seluruh negara bermula 12 Mac hingga 3 April 2024. Pelaksanaan tersebut merupakan inisiatif KPDN bagi memudahkan rakyat mendapatkan barangan makanan dan keperluan rumah yang lebih murah dengan potongan harga antara 10 hingga 30 peratus. Mengulas lanjut, menurut Armizan, maklumat pelaksanaan PJR Aidilfitri boleh diakses melalui portal KPDN. Ujarnya, sebanyak 18 lokasi PJR di Johor, Kedah (21); Kelantan (14); Kuala Lumpur, (4); Melaka (13); Pahang (15), Perak (25); Perlis (3); Pulau Pinang (42); Putrajaya (1); Selangor (36); Terengganu (22) dan Negeri Sembilan (13). "Sebarang maklumat boleh diakses melalui portal KPDN di pautan https://www.kpdn.gov.my/ms/jualan-rahmah. "Selain itu di Sabah pula terdapat 29 lokasi PJR Aidilfitri, manakala Sarawak 45 dan Labuan satu," katanya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Read more:SINARH
2024-04-05 10:22:0

Catat Ulasan

0 Ulasan