Search

header ads

[SINARH] Prabowo tiba untuk lawatan khas ke Malaysia



SUBANG - Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto tiba di sini malam ini bagi memulakan lawatan khas sehari beliau ke Malaysia esok. Pesawat khas yang membawa Prabawo bersama delegasi selamat mendarat di Pangkalan Udara di sini pada 10.15 malam. Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Ini merupakan lawatan pertama Prabowo ke Malaysia selepas diumum sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029. Beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya dan menghadiri mesyuarat tertutup bersama Menteri Pertahanan di Kuala Lumpur. - Bernama Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Read more:SINARH
2024-04-03 23:25:0

Catat Ulasan

0 Ulasan