Search

header ads

[SINARH] PRK KKB: Sock Tao enggan layan pihak tularkan kembali ucapan hentam BN



HULU SELANGOR - Calon Perpaduan, Pang Sock Tao enggan melayan tindakan segelintir pihak yang menularkan semula ucapannya menghentam Barisan Nasional (BN) ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. Menurut beliau, tumpuannya kini adalah untuk bergerak secara berpasukan di dalam Kerajaan Perpaduan yang turut disertai BN sekali gus mengekalkan kemenangan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu. "Ketika ini, Kerajaan Perpaduan sudah ditubuhkan dan saya sekarang sebagai calon Perpaduan dan akan bergerak sebagai pasukan dan bekerja keras sepanjang kempen PRK DUN Kuala Kubu Baharu. "(Jika tindakan sedemikian berulang) saya tetap akan fokus kepada kempen dan menyampaikan agenda serta pembangunan yang akan dibawa ke kawasan ini," katanya ketika ditemui selepas selesai penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini pada Sabtu. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan pihak yang menularkan semula ucapannya menghentam BN sebelum ini. Sementara itu, ditanya mengenai fokusnya sepanjang kempen kali ini, Sock Tao akan memberi tumpuan terhadap golongan belia dan wanita. Tambah calon berusia 31 tahun itu, ini kerana kedua-dua golongan itu dekat dengan dirinya. "Sudah tentu perancangan atau dasar baharu bagi memperkasakan golongan belia dan wanita akan dimasukkan dalam manifesto yang akan dilancarkan kelak," katanya. Selain itu, beliau dalam masa sama turut menegaskan akan meneruskan agenda pembangunan yang dibawa oleh penyandang sebelum ini, mendiang Lee Kee Hiong. PRK DUN Kuala Kubu Baharu menyaksikan persaingan empat penjuru antara PN, Kerajaan Perpaduan, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Bebas. Kerajaan Perpaduan diwakili Sock Tao, PN pula Khairul Azhari Saut, PRM, Hafizah Zainuddin dan Bebas, Nyau Ke Xin. PRK ini diadakan susulan kematian penyandangnya Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser dan SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 11 Mei, manakala pengundian awal pada 7 Mei. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-04-27 12:26:0

Catat Ulasan

0 Ulasan