Search

header ads

[SINARH] PRK Kuala Kubu Baharu: SPRM lancar bilik gerakan



KUALA KUBU BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB). Menerusi satu kenyataan media, SPRM berkata, bilik gerakan di SPRM Selangor, Seksyen 16, Shah Alam beroperasi 24 jam bermula Sabtu hingga 11 Mei depan. Selain itu katanya, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada prk2024 sel@sprm.gov.my atau menghubungi talian 03-5524 8318 atau 03- 5525 6500. Dalam pada itu, SPRM juga mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya. "Ia selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," menurut kenyataan itu. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-04-27 13:2:0

Catat Ulasan

0 Ulasan