Search

header ads

[SINARH] Rakyat Malaysia diingat cakna perubahan undang-undang Singapura



SINGAPURA - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar mengingatkan rakyat Malaysia termasuk golongan yang bekerja di sini supaya sentiasa cakna dengan perkembangan undang-undang negara berkenaan. Katanya, ini penting bagi mengelakkan kesulitan kepada diri sendiri dan keluarga jika mereka ditahan dan disiasat oleh pihak berkuasa di negara ini. "Saya harap semua sentiasa 'update' (cakna) tentang undang-undang Singapura. "Baru-baru ini ramai yang kena tahan bawa vape (rokok elektronik) dan sebagainya. "Apabila disiasat, pasport kena ambil dan tidak boleh balik ke Malaysia dan ini akan sebabkan banyak masalah dan kadang kala apabila majikan tahu, mereka akan terus diberhentikan," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini Rabu malam. Majlis anjuran Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia itu dihadiri lebih 80 rakyat Malaysia yang majoritinya terdiri daripada golongan pekerja. Vape adalah diharamkan di Singapura dan menjadi satu kesalahan untuk memiliki, membeli atau menggunakan rokok elektronik dan komponen berkaitannya serta pesalah boleh didenda sehingga S$2,000 (RM7,000) bagi setiap kesalahan. Ia juga merupakan satu kesalahan untuk menjual, memiliki untuk dijual, mengimport atau mengedar rokok elektronik dan komponen berkaitannya. Pesalah boleh didenda sehingga $10,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan didenda sehingga $20,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya untuk kesalahan kedua atau seterusnya. - Bernama Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Read more:SINARH
2024-04-03 23:57:0

Catat Ulasan

0 Ulasan