Search

header ads

[SINARH] United berpeluang halang Liverpool julang EPL



MANCHESTER United diyakini mempunyai motivasi berganda apabila melayan kunjungan Liverpool Ahad ini dengan misi mereka menghalang pasukan itu daripada memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL). Kedua-dua pasukan mempunyai matlamat berbeza dalam perlawanan itu apabila Manchester United memburu mata untuk mengejar kelompok empat teratas manakala Liverpool memburu kejuaraan. Bekas pemain Arsenal, Paul Merson berpendapat United mahu menjadi pasukan yang bakal menghentikan Liverpool daripada menjulang kejuaraan tersebut. United juga mempunyai keyakinan tinggi selepas kemenangan dramatik dalam aksi Piala FA, 4-3 ke atas Liverpool pada bulan lalu untuk mara ke separuh akhir. "Liverpool adalah pasukan yang perlu ditewaskan pada masa ini, tetapi mereka akan menghadapi 'final' besar menentang Manchester United pada Ahad. "Kita akan lihat apa yang boleh berlaku pada kali kedua selepas pasukan ini bertemu dalam Piala FA. "United akan bersedia untuk perlawanan ini. Mereka akan mahu menghalang Liverpool daripada memenangi kejuaraan. "Pendek kata, ini akan menjadi penentuan musim mereka. Jika mereka boleh membantu menghalang Liverpool daripada memenangi kejuaraan, penyokong United akan sangat gembira, " katanya. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-04-04 9:54:0

Catat Ulasan

0 Ulasan