Search

header ads

[SINARH] 5 nelayan Myanmar ditahan tangkap ikan secara haram



KLANG - Aktiviti menangkap ikan secara haram dilakukan lima nelayan warga Myanmar terbongkar selepas bot dinaiki mereka ditahan di perairan dekat Kapar di sini pada Rabu. Pengarah Maritim Malaysia Selangor, Kepten Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, tangkapan kira-kira jam 3.45 petang oleh Kapal Maritim Danga menerusi Op Ehsan, Op Murni dan Op Tiris 3.0 yang dijalankan sekitar perairan negeri ini. "Pemeriksaan mendapati bot itu berdaftar di Perak dan dikendalikan oleh tekong dan empat kru warga Myanmar yang berumur 25 hingga 55 tahun. "Kesemua suspek didapati gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan permit kerja atau surat kebenaran dari Ketua Pengarah Perikanan Malaysia," katanya menerusi kenyataan pada Khamis. Katanya, turut ditemukan ketika pemeriksaan adalah ikan campur dianggarkan seberat 200 kilogram. "Bot serta barangan rampasan kemudiannya diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah untuk siasatan lanjut. "Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63," katanya. Abdul Muhaimin berkata, pihaknya akan terus meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang di kawasan perairan Malaysia khususnya perairan Selangor. "Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan serta aktiviti jenayah di laut orang ramai boleh menyalurkannya ke talian 24 jam MERS 999 atau pusat operasi Maritim Malaysia untuk maklum balas segera," katanya. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-05-09 13:0:0

Catat Ulasan

0 Ulasan