Search

header ads

[SINARH] Amaran berjaga-jaga di lima kawasan, cuaca panas tahap satu



SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas gelombang haba tahap satu di tiga kawasan di Sabah iaitu Kota Marudu, Beluran dan Tenom. Berdasarkan kenyataan MetMalaysia di Facebook, dua kawasan lain di Semenanjung Malaysia juga direkodkan berada pada tahap satu atau berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian sehingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. Kawasan tersebut melibatkan Raub, Pahang dan Segamat, Johor yang direkodkan setakat jam 4.30 petang Ahad. Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-05-12 19:52:0

Catat Ulasan

0 Ulasan