Search

header ads

[SINARH] Bas persiaran terbalik berhampiran Terowong Menora



IPOH - Seramai 41 orang penumpang dan pemandu cemas selepas bas persiaran dinaiki mereka terbabas di Kilometer 264.5 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora di sini pada Ahad. Kejadian itu turut melibatkan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dan kesemua mangsa dilaporkan terselamat. Difahamkan bas dinaiki kesemua warga emas itu dalam perjalanan dari Kupang, Kedah menuju ke Ipoh bagi menghadiri majlis keagamaan. Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 7.28 pagi. "Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran yang terbalik dalam longkang di tepi lebuh raya dan sebuah kereta sedan. "Operasi penyelamatan yang dibantu pasukan dari BBP Kuala Kangsar diteruskan dengan membawa keluar kesemua mangsa ke tempat selamat," katanya. Menurut beliau, pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) turut membantu pegawai kesihatan memberi rawatan awal kepada mangsa. "Kesemua mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan lanjut," katanya. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-05-12 9:40:0

Catat Ulasan

0 Ulasan