Search

header ads

[SINARH] BNM kenakan kompaun RM96,250 terhadap Habib Jewels



SHAH ALAM - Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan kompaun sebanyak RM96,250 terhadap Habib Jewels Sdn Bhd (Habib) kerana gagal mengemukakan laporan transaksi mencurigakan (STR) dengan kadar segera. BNM dalam satu kenyataan berkata, kompaun dikenakan pada 29 Januari lalu tertakluk di bawah Seksyen 14(1)(B) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA). Menurut bank pusat itu, ia dibaca bersama perenggan 19.1.1 dan 19.3.3 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Sekatan Kewangan Disasarkan Untuk Perniagaan, Profesion Bukan Kewangan Ditetapkan (DNFBP) dan dokumen dasar institusi kewangan bukan bank (NBFI). "Kami mengesan ketidakpatuhan Habib Jewels dalam menyerahkan STR bagi tempoh satu tahun semasa pemeriksaan lapangan. "Habib gagal serah segera STR mengenai tujuh siri transaksi yang mencurigakan oleh pelanggannya walaupun ia berpadanan dengan amaran penipuan dalamannya," kata BNM pada Jumaat. BNM memaklumkan, di bawah AMLA, kesemua institusi dikehendaki melaporkan sebarang transaksi mencurigakan kepada bank pusat itu kerana ia merupakan entiti berkuasa yang dilantik di bawah Seksyen 7(1) akta tersebut. Tambah kenyataan tersebut, ia juga berfungsi mengurangkan risiko institusi pelaporan daripada digunakan sebagai saluran untuk pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan aktiviti jenayah serius yang lain. "Laporan ini juga menyediakan maklumat berharga atau perisikan aktiviti yang berpotensi menyokong siasatan jenayah kewangan kepada BNM dan agensi penguatkuasaan undang-undang. "Jumlah kompaun ditentukan mengikut Rangka Kerja Penalti dan mengambil kira faktor berkaitan keprihatinan Habib dalam mematuhi undang-undang serta prosedur operasi standard (SOP). "Selain itu, tahap ketidakpatuhan, tindakan pemulihan yang diambil supaya tidak mengulangi kesalahan dan pematuhan semasa serta amalan peniaga dalam industri logam berharga dan batuan bernilai (DPMS)," ujar BNM. Bagaimanapun bank pusat tersebut berkata, Habib telah membayar kompaun yang dikenakan ke atasnya pada 23 Februari lepas dan kembali mengukuhkan mekanisme pelaporan STR. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-05-11 18:24:0

Catat Ulasan

0 Ulasan