Search

header ads

[SINARH] Bot nelayan tempatan gaji warga Myanmar ditahan



KUALA SELANGOR - Sebuah bot nelayan tempatan kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor di kedudukan 16 batu nautika barat daya Tanjung Karang di sini dipercayai dikendalikan kru warga asing tanpa dokumen sah, pada Selasa. Pengarahnya, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, bot itu ditahan pada jam 1.20 petang selepas pihaknya melakukan rondaan rutin penguatkuasaan di sekitar perairan Selangor. Menurut beliau, pemeriksaan awal mendapati bot itu dikendalikan seorang tekong bersama tiga kru warga Myanmar berusia dalam lingkungan umur 19 hingga 37 tahan. "Kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah. "Pemeriksaan lanjut turut mendapati bot berkenaan telah melanggar syarat sah lesen kerana menggunakan kru asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. Beliau memberitahu, bot serta kru ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor. Ujar beliau, kes disiasat bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggajikan pekerja asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana kru tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. "Maritim Malaysia akan terus meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang di kawasan perairan Malaysia khususnya perairan Selangor," tambah beliau. Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan serta aktiviti jenayah di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke talian 24 jam MERS 999 atau pusat operasi Maritim Malaysia untuk maklum balas segera. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-05-15 10:22:0

Catat Ulasan

0 Ulasan