Search

header ads

[SINARH] Dua PATI dicekup di sempadan Malaysia-Thailand



KUALA NERANG - Dua pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar ditahan di sempadan Malaysia-Thailand pada Rabu. Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, kejadian tangkapan tersebut berlaku di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd). "Pasukan operasi telah menjumpai dua orang awam dalam keadaan mencurigakan di kawasan hutan di sempadan Malaysia- Thailand pada jam 3.30 petang. "Hasil pemeriksaan mendapati dua individu merupakan PATI warganegara Myanmar berusia 40 dan 45 tahun," katanya. Menurut kenyataan itu, sebuah telefon bimbit dan wang dalam mata wang Malaysia dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM1,104 turut dirampas. Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) memaklumkan, tahanan dan barang rampasan diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang Padang Terap untuk tindakan selanjutnya. "Pasukan beroperasi sentiasa mengawal sempadan negara dan akan terus memastikan keselamatan sempadan terpelihara," kata kenyataan itu. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-05-16 20:35:0

Catat Ulasan

0 Ulasan