MANCHESTER United mengakhiri kekalahan kedua berturut-turut selepas menang 3-2 ke atas Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford. Jaringan Kobbie Mainoo minit ke-31, Amad Diallo (m-57) diikuti sentuhan Rasmus Hojlund yang dimasukkan minit ke-82, berjaya menjelmakan tiga mata Manchester United menerusi sentuhan minit 92. Gol Newcastle United dalam perlawanan itu dijelmakan Anthony Gordon minit ke-49, sebelum Lewis Hall menambah satu jaringan masa kecederaan minit ke-92 untuk kedudukan 3-2. Manchester United sebelum ini tewas 0-4 kepada Crystal Palace di Stadium Selhurst Park pada 7 Mei sebelum dikecewakan Arsenal, 0-1 di Stadium Old Trafford, 12 Mei lalu. Sebagai rekod, perlawanan Manchester United, Newcastle United lebih kepada pertarungan merebut tempat ke Eropah musim depan. Keputusan perlawanan menyaksikan Manchester United kendalian Erik ten Hag kekal di tempat kelapan liga sama dengan 57 mata dengan Newcastle di tempat ketujuh. Chelsea pula berada di tempat keenam dengan 60 mata selepas menewaskan Brighton & Hove Albion 2-1 yang mengaktifkan langkah ke arah tempat di Eropah. "Jelas sekali tugas kami belum selesai. Kami masih mempunyai satu perlawanan dalam liga kemudian perlawanan terbesar musim ini, perlawanan akhir Piala FA (pada 25 Mei menentang juara bertahan Manchester City). "Ia adalah musim yang sukar. Jadual menunjukkan itu dan kami sedar. Sokongan penyokong mengagumkan dan selalu berada di belakang kami sepanjang musim. "Kami menghargai apa yang mereka lakukan dan mahu melakukan yang lebih baik dan penyokong-penyokong berhak untuk itu," ujar Kapten Manchester United, Bruno Fernandes. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-05-16 11:3:0
0 Ulasan