Search

header ads

[SINARH] Infrastruktur, infostruktur jadi keutamaan untuk fasih digital - Fadhlina



KUANTAN - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha meningkatkan infrastruktur dan infostruktor selari dengan Dasar Pendidikan Digital Negara. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bagi tujuan itu, Pusat Kegiatan Guru dan kompetensi guru dinaik taraf dengan pengupayaan Pelantar Delima. Menurutnya, kerajaan akan memastikan guru dan pelajar dapat memanfaatkan teknologi terbaru serta terkini agar fasih digital. "Saya fikir ia perlu diberikan tumpuan oleh semua pihak kerana (Pelantar) Delima ini bukan untuk guru tetapi murid. "Pastinya juga melihat kepada keupayaan-keupayaan anak murid kita, khususnya apabila teknologi ini datang yang terbaru dan terkini, jadi murid yang fasih digital ini juga, perlu pastikan supaya tidak ada yang terpinggir," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah di sini pada Rabu. Majlis anugerah tersebut menyaksikan penyampaian 29 anugerah daripada empat kategori anugerah iaitu Anugerah Khas Pendidikan (enam anugerah), Anugerah Guru Inovatif (enam anugerah), Anugerah Guru Berwibawa (tujuh anugerah) dan Anugerah Guru Ikon (10 anugerah). Seramai 110 penerima telah dipilih untuk menerima anugerah-anugerah tersebut. Mengulas keadaan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini, Fadhlina memberitahu, pihaknya sentiasa bersiapsiaga dan memastikan semua garis panduan ditambah baik dari semasa ke semasa meneruai kerjasama Kementerian kesihatan dan Kementerian lain. Beliau mengingatkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk sentiasa mematuhi garis panduan ditetapkan. "Setakat ini, garis panduan itu mesti dipatuhi, dan kita sudah pun memberi autonomi kepada sekolah, untuk melihat kepada perkembangan cuaca masing-masing termasuk dari segi pemakaian. "Kemudian peringatan-peringatan tentang aktiviti, jadi garis panduan kita cukup jelas berkaitan perkara tersebut. Kita minta untuk terus dipatuhi dan dipantau sekolah serta JPN," katanya. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-05-15 19:49:0

Catat Ulasan

0 Ulasan