Search

header ads

[SINARH] Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM



KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes rasuah dan seleweng pembinaan telaga jejari yang tidak berfungsi untuk membekalkan air kepada penduduk. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan. "Saya menyerahkan kes berkenaan kepada SPRM untuk menyiasat kes ini seadil-adilnya. Kerajaan Kelantan juga ingin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan," katanya kepada Bernama pada Khamis. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr Izani Husin berkata, SPRM harus menyiasat kes berkenaan secara profesional dan telus. Semalam, SPRM menahan empat individu lelaki termasuk dua bekas pegawai kanan syarikat air di Kelantan bagi membantu siasatan berkaitan pembinaan telaga jejari yang gagal berfungsi untuk membekalkan air kepada penduduk. Kesemua mereka yang berusia antara 40 hingga 60-an itu ditahan secara berasingan di sini, antara jam 7 hingga 10 pagi. - Bernama Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-05-16 10:59:0

Catat Ulasan

0 Ulasan