Search

header ads

[SINARH] Jijoe raih gangsa di Piala Trek Jepun



JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang meraih pingat gangsa dalam acara pecut individu pada Siri Piala Trek Jepun hari ini. Pingat gangsa tersebut mengubati kekecewaan pelumba berusia 36 tahun itu yang terlepas podium apabila sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keempat dalam acara keirin dan pecut pada hari pertama semalam. Pada aksi penentuan pingat gangsa itu, Azizulhasni yang diberi julukan 'The Pocket Rocketman' menewaskan wakil tuan rumah, Kento Yamasaki 2-0. Terdahulu, Azizulhasni tewas 0-2 kepada pemenang pingat Sukan Asia Hangzhou, Kaiya ota di separuh akhir. Perlumbaan yang berlangsung di Velodrome Izu itu menyaksikan pingat emas diraih Ota, manakala gangsa milik Yuta Obara. Obara sebelum itu menyingkirkan seorang lagi pelumba Malaysia, Mohd Shah Firdaus Sahrom di pusingan suku akhir. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-05-11 20:55:0

Catat Ulasan

0 Ulasan