Search

header ads

[SINARH] KDN FC jual tiket aksi lawan Sabah FC RM10



KELANTAN Darul Naim FC (KDN FC) melakukan kejutan apabila menjual tiket bagi tempat duduk terbuka pada harga RM10 dalam aksi Liga Super 2024/25 menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Jumaat ini. Presidennya, Rozi Muhamad berkata, harga asal tiket untuk tempat duduk terbuka ialah RM15 sebagaimana yang telah diumumkan sebelum ini. "Pada perlawanan sulung baru-baru ini, kami lihat ramai penyokong yang bertandang ke arena lawan. Sangat ramai. Ini menunjukkan sokongan padu peminat dan penyokong bola sepak Kelantan kepada KDN FC. "Sebagai tanda penghargaan, terima kasih serta mahu penyokong membanjiri tempat duduk stadium pada pertemuan dengan Sabah FC, kami bersetuju menurunkan harga tiket bagi tempat duduk terbuka," katanya pada Selasa. Menurut beliau, KDN FC menyeru semua peminat dan penyokong bola sepak di Kelantan untuk hadir beramai-ramai bagi memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pemain dalam misi memburu tiga mata pertama. Ujarnya, jualan tiket perlawanan akan dibuka seawal jam 12 tengah hari pada Khamis di Kedai Merchandise KDN FC di Stadium Sultan Muhammad IV. Rozi memberitahu, jualan tiket tersebut kemudian akan diteruskan pada hari perlawanan iaitu Jumaat bermula dari 9 pagi hingga jam 9.30 malam di kaunter stadium. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-05-14 7:29:0

Catat Ulasan

0 Ulasan