Search

header ads

[SINARH] Kestabilan, elak perpecahan antara kandungan draf MoU - Fadillah



PUTRAJAYA - Kestabilan negara dan mengelakkan perpecahan khususnya berkaitan agama, kaum dan raja (3R) antara fokus yang terkandung di dalam draf memorandum persefahaman (MoU) berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, pihaknya masih memperincikan draf berkenaan sebelum ia diserahkan kepada Majlis Kerja Tertinggi semua parti untuk diluluskan. "Kita masih memperincikan tetapi gambaran MoU sudah saya berikan apa kandungannya iaitu pertama, untuk fokus supaya semua ahli Parlimen ini melihat bagaimana untuk membangunkan dan memulihkan ekonomi negara. "Keduanya untuk memastikan kestabilan negara supaya dapat menarik lebih ramai pelancong dan mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan perpecahan iaitu 3R dan sebagainya," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sains Negara Bilangan 1, di sini pada Selasa. Pada 4 November tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) untuk terus berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berhubung permohonan peruntukan untuk kawasan mereka. Ia berikutan Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan pembangkang tidak akan meneruskan permohonan bayaran peruntukan ahli Parlimen kerana mendakwa syarat yang diminta kerajaan tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-05-14 14:3:0

Catat Ulasan

0 Ulasan