Search

header ads

[SINARH] Keupayaan bomba dipertingkat



IPOH - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan beberapa keperluan khusus kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada tahun ini menerusi inisiatif Memperkukuh Kesiapsiagaan Kebombaan dan Penyelamatan Yang Sejahtera. Menterinya, Nga Kor Ming berkata, inisiatif itu merupakan salah satu daripada lapan fokus utama KPKT yang telah ditetapkan bagi tahun 2024. Jelas beliau, pihak kementerian akan memperkasakan keupayaan logistik melalui perolehan 150 buah Compact Fire Rescue Tender (CFRT) yang bersaiz kompak dengan kos berjumlah RM147.25 juta dan akan ditempatkan secara strategik di Balai Bomba dan Penyelamat seluruh negara secara berfasa. "Kita juga akan memperkukuhkan program pencegahan kebakaran melalui pemeriksaan bangunan rumah yang berusia dan dan bagi tahun 2024 kementerian menyasarkan sejumlah 17,000 bangunan daripada pelbagai kumpulan kegunaan untuk diperiksa. "Ini merupakan merupakan langkah proaktif dalam meningkatkan tahap ketersediaan sistem pepasangan keselamatan kebakaran di bangunan," katanya ketika berucap sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 di Jalan Tambun, Sunway City, Tambun di sini pada Sabtu. Majlis tersebut disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Ahli Parlimen Tambun. Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu; Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira M Noor Azman Taib dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Nor Hisham Mohammad. Kor Ming berkata, KPKT juga akan meningkatkan efisiensi pengoperasian kebombaan dalam aspek pengurusan air dengan menambah pemeriksaan ke atas 357,130 unit pili bomba awam di seluruh negara. Beliau turut mengumumkan pembangunan projek rintis Command, Control, Commmunication, Computerized and Inteligerice yang telah dilaksanakan mulai pada 1 Mac 2024 dengan kos RM47.74 juta selama dua tahun Katanya, projek tersebut dilaksanakan bagi memperkukuh sistem kawal dan perintah inisiden dan mengaplikasikan penggunaan teknologi terkini, kecerdasan buatan serta mengoptimumkan data raya. Sementara itu, beliau berkata, Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia yang disambut setiap tahun mempunyai makna yang cukup mendalam kepada seluruh warga bomba dan penyelamat. Jelasnya, ia merupakan satu penghormatan yang sangat besar dan penuh bermakna kepada seluruh warga perkhidmatan kebombaan dan penyelamat bagi menyuntik semangat serta motivasi kepada mereka untuk terus perkhidmatan terbaik buat masyarakat. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-05-04 11:50:0

Catat Ulasan

0 Ulasan