Search

header ads

[SINARH] Lagi 36 negara dibenar guna pintu automatik tapisan Imigresen



PUTRAJAYA - Kerajaan mengumumkan 36 lagi negara berisiko rendah dibenarkan menggunakan pintu automatik tapisan Jabatan Imigresen di semua pintu masuk negara. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kemudahan itu yang berkuatkuasa 1 Jun ini merupakan langkah untuk mengurangkan kesesakan sewaktu ketibaan pengembara terutamanya di waktu puncak. "Saya yakin inisiatif ini membolehkan pemeriksaan Imigresen di pintu negara dipercepatkan," katanya. Inisiatif itu antaranya melibatkan kesemua 26 negara dari Kesatuan Eropah, China, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Oman, Hong Kong dan Taiwan. AKAN MENYUSUL Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-05-16 12:45:0

Catat Ulasan

0 Ulasan