Search

header ads

[SINARH] Laporan Malaysia disenaraikan sebagai penaja negara keganasan adalah palsu - Reuters



KUALA LUMPUR - Laporan berita dikaitkan dengan Reuters yang mengatakan Malaysia ialah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan adalah palsu. "Mana-mana dakwaan yang mengatakan Reuters melaporkan Malaysia ialah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan adalah palsu," jelas agensi berita itu menerusi hantaran di platform X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter). Reuters tidak melaporkan perkara itu, tegasnya mengulas mengenai artikel berita yang disebar luas terutama menerusi WhatsApp, penyedia perkhidmatan pesanan segera. - Bernama Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-05-11 13:41:0

Catat Ulasan

0 Ulasan