Search

header ads

[SINARH] Peguam direman bantu siasatan sogokan RM1.6 juta



IPOH - Seorang peguam direman selama empat hari sehingga 12 Mei 2024 bagi membantu siasatan kes sogokan membabitkan wang berjumlah RM1.6 juta. Perintah reman terhadap suspek berusia lingkungan 30-an itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Ipoh, Noor Azreen Liana Mohd Darus di Lokap Mahkamah Sesyen/Majistret Ipoh di sini pada Khamis. Permohonan reman tersebut dibuat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. Semalam, Sinar Harian melaporkan SPRM Perak menahan seorang peguam bagi membantu siasatan menerima sogokan berupa wang berjumlah RM1.6 juta. Penahanan terhadap lelaki berusia lingkungan 30-an itu dibuat di sebuah restoran di Jalan Kuala Kangsar, di sini sekitar jam 11 pagi pada Rabu. Difahamkan lelaki itu ditahan sebaik menerima wang tunai RM100,000 dan dua keping cek bernilai RM1.5 juta daripada seorang usahawan. Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi pada Rabu mengesahkan penahanan lelaki tersebut. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-05-09 13:2:0

Catat Ulasan

0 Ulasan