Search

header ads

[SINARH] Piala FA: Kelantan Darul Naim FC halangan pertama JDT



PENYANDANG juara Johor Darul Ta'zim (JDT) akan memulakan kempen mempertahankan kejuaraan berdepan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dalam Pusingan 16 Piala FA. Harimau Selatan berstatus juara tiga kali sekiranya berjaya melepasi fasa kalah mati itu akan berdepan pemenang perlawanan antara PDRM FC menentang wakil Liga A1 Semi Pro, Malaysian University FC. Juara lima kali, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pula berdepan cabaran pasukan Liga A1 Semi Pro, Bukit Tambun FC yang berpangkalan di Bandar Cassia, Batu Kawan, Pulau Pinang. KDA FC yang juga juara edisi 1996, 2007, 2008, 2017 dan 2019, sekiranya menang akan berdepan pemenang perlawanan antara Sri Pahang FC menentang Penang FC. Selangor FC yang berstatus juara edisi 1991, 1997, 2001, 2005 dan 2009 akan berdepan juara edisi 2003, 2010, Negeri Sembilan FC. Juara edisi 1993, 1994 dan 1999, Kuala Lumpur City FC pula akan berdepan kelab Kepulauan Borneo dari Sarawak, Kuching City FC. Sabah FC, yang berstatus juara edisi 1995 pula diundi berdepan satu lagi pasukan Liga A1 Semi Pro, Kuala Lumpur Rovers FC. Juara edisi sulung 1990, Perak FC yang kali terakhir menjulang kejuaraan tersebut pada 2004 akan berdepan juara dua edisi 2000 dan 2011, Terengganu FC. Undian yang dijalankan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada Khamis menyaksikan fasa suku akhir dan separuh akhir diadakan secara timbal balik. Sebagai rekod, JDT merupakan juara bertahan selepas menewaskan KL City, 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada tahun lalu. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-05-16 21:45:0

Catat Ulasan

0 Ulasan