Search

header ads

[SINARH] PM rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa. Menerusi perkongsian di laman Facebook, Anwar berkata, dalam konteks membentuk masa depan anak bangsa, komitmen serta peranan dan dukungan para guru adalah perkara yang paling penting. "Melahirkan anak bangsa yang berjaya adalah dambaan semua, tidak hanya di pihak pembuat kebajikan. "Justeru, jutaan penghargaan kepada guru-guru dan negara ini perlukan kebersamaan kalian terutamanya dalam usaha mewujudkan generasi penerus yang Madani dan berketerampilan," kata beliau. Pada masa sama, Anwar berkata, sistem pendidikan negara harus dipertingkat agar Malaysia dapat memastikan akses yang sama dalam meraih ilmu pengetahuan serta tingkat moral yang tinggi. Bagi sambutan Hari Guru tahun ini, Kementerian Pendidikan mengangkat tema 'Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani' dengan sambutan peringkat kebangsaan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang hari ini. - Bernama Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-05-16 22:4:0

Catat Ulasan

0 Ulasan