Search

header ads

[SINARH] PN kaji kekalahan pada PRK KKB



SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) menerima pilihan yang telah dibuat oleh pengundi-pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan PRK ini menunjukkan tahap sokongan kepada PN secara umumnya kekal dalam keadaan peratusan keluar mengundi yang rendah. "PN akan meneliti keputusan PRK ini secara terperinci dan mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan lagi sokongan kepada parti pada masa hadapan. "Saya mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi yang telah mengundi calon PN dan jentera PN yang telah bertungkus-lumus membantu kempen PN," katanya dalam kenyataan pada Sabtu. Pakatan Harapan (PH) menerusi calon mereka, Pang Sock Tao memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu. Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan gabungan itu berjaya mempertahankan kerusi berkenaan yang dimenangi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos tahun lalu. Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 undi dan memperoleh 14,000 undi menewaskan tiga lagi pencabarnya. Sementara itu, pencabar utama Sock Tao daripada Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut mendapat 10,131 undi. Dua lagi calon iaitu Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas) masing-masing memperoleh 152 dan 188 undi. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-05-12 7:8:0

Catat Ulasan

0 Ulasan