Search

header ads

[SINARH] Polis buka kertas siasatan kes masak di stesen minyak



BENTONG - Polis membuka kertas siasatan berhubung kes tular melibatkan sekumpulan pemilik kenderaan melakukan aktiviti memasak di sebuah stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan (KK) atas kesalahan menyebabkan kegusaran awam. Menurutnya, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 336 KK iaitu membahayakan keselamatan diri dan orang lain. "Siasatan dijalankan susulan laporan polis dibuat pekerja di stesen minyak berkenaan, seorang wanita tempatan berusia 47 tahun pada Selasa. "Hasil siasatan mendapati klip video kejadian berdurasi 50 saat itu dimuat naik pada 13 Mei lalu dan tular di aplikasi X," katanya melalui kenyataan pada Rabu. Zaiham berkata, mana-mana pihak yang melihat kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan. "Polis Bentong akan menjalankan operasi bersepadu di sekitar lokasi stesen minyak berkenaan khususnya pada hujung minggu dan cuti umum. "Ia susulan maklumat dan aduan bahawa lokasi berkenaan sering menjadi tumpuan pemilik kenderaan berkumpul dan melakukan aktiviti yang menganggu pengguna jalan yang melalui lokasi berkenaan," ujarnya. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-05-15 20:24:0

Catat Ulasan

0 Ulasan