Search

header ads

[SINARH] PRK KKB bukti pengundi terima BN-PH



KUANTAN - Kemenangan calon Kerajaan Perpaduan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baru (KKB) jelas membuktikan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) diterima pengundi. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menjelaskan, bukti itu dapat dilihat menerusi beberapa siri PRK yang diadakan sebelum ini seperti di DUN Tioman dan Pelangai. Menurutnya, sudah menjadi satu kewajaran bagi UMNO untuk memenangkan calon daripada pihak kerajaan apabila BN menjadi sebahagian dari Kerajaan Perpaduan. "Kita dapat melihat dengan data sekali, macam di Pelangai saya dapat tahu kawasan tersebut adalah kubu kuat daripada parti PH, mereka keluar mengundi (untuk) calon BN. Begitu juga kita di (DUN) Kuala Kubu Baru, kawasan tersebut memang kubu kuat UMNO, mereka pun keluar mengundi. "Saya sempat turun tiga kali (kempen) di kampung Orang Asli kubu kuat UMNO tetapi mereka turun awal dan sokong calon kerajaan. Ini adalah politik semasa dan kita seharusnya lihat dan kena terima keadaan semasa. Kita juga kena teruskan semangat ini supaya kita kembali kuat untuk parti," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun UMNO ke-78 Peringkat Negeri Pahang di Dewan Datuk Seri Abdul Manan Ismail, Jalan Kuantan Bypass, di sini, pada malam Sabtu. Menteri Besar Pahang itu turut memaklumkan akar umbi UMNO sudah menerima hakikat bahawa parti ini adalah sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan. Katanya, malah dalam suasana politik semasa, parti-parti politik perlu menyesuaikan diri dan melihat ke hadapan serta saling membantu. "Kita UMNO tidak seperti dulu, (kita) berkongsi kuasa dan (menjadi) sebahagian daripada mereka. Takdir ada (berlaku) PRK, takkan kita tidak membantu sedangkan kita bersama. Walaupun pahit bagi kita sebab kisah dulu tetapi dalam politik kita perlu lihat ke hadapan. "Kalau mereka tunjuk keikhlasan mereka dan sudah ada (beberapa) PRK sebelum ini, mereka berjaya serta mendapat sokongan," ujarnya. Keputusan PRK Kuala Kubu Bharu pada Sabtu, menyaksikan calon PH daripada DAP, Pang Sock Tao menang dengan 3,869 undi majoriti selepas memperoleh 14,000 undi. Calon Perikatan Nasional (PN) daripada Bersatu, Khairul Azhari Saut memperoleh 10,131 undi, diikuti calon Bebas, Nyau Ke Xin dengan 188 undi dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainudin yang meraih 152 undi. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-05-12 8:10:0

Catat Ulasan

0 Ulasan