Search

header ads

[SINARH] Scofa tekad lebar rentak kemenangan



SCOFA FC tekad melebarkan rentak kemenangan apabila berdepan Serkam United dalam perlawanan Liga Super Komuniti A3 Melaka di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka pada 19 Mei depan. Malah, menurut pengendali Scofa FC, Mazuan Othman, kemenangan bergaya 3-1 ke atas Danke FC di Stadium Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Ahad lalu menjadi motivasi buat pasukan tersebut. Biarpun begitu, Mazuan cabaran sentiasa menanti pasukan itu yang kebanyakan diperkuatkan dengan pemain-pemain bawah 25 tahun. "Skuad ini masih muda, namun saya percaya semangat juang tinggi pemain-pemain membolehkan pasukan berada pada tahap ini. "Pemain-pemain telah mempamerkan kemahiran dan semangat berpasukan luar biasa, memperoleh tiga mata pertama pada perlawanan pertama. "Insya-ALLAH, kami sentiasa berusaha peroleh lebih banyak kemenangan seterusnya menyasarkan kejuaraan. Dan, kami berharap rentak cemerlang sentiasa konsisten," katanya yang berterima kasih kepada penyokong-penyokong yang sentiasa bersama pasukan tersebut. Mengenai perancangan jangka masa panjang kelab Mazuan berkata, adalah menjadi hasrat pengurusan menubuhkan akademi bagi mengilap bakat bawah 17 tahun dan bawah 23 tahun dalam usaha menyemarakkan lagi pembangunan pelapis negara pada depan. "Keutamaan Scofa FC adalah untuk mengenal pasti dan merekrut pemain yang mempunyai minat sebenar untuk sukan ini. Saya percaya bahawa semangat adalah apa yang mendorong pemain untuk cemerlang, mendorong diri mereka mencapai kejayaan di atas padang. "Matlamat kami adalah untuk membina individu yang bukan sahaja berkemahiran dan berbakat, tetapi juga mempunyai cinta yang tidak berbelah bahagi untuk sukan bola sepak. Kami faham bahawa semangat sebenar tidak boleh diajar atau dipelajari, ia datang dari dalam dan itulah yang membezakan pemain yang luar biasa daripada yang lain. "Saya percaya apabila sesebuah pasukan itu terdiri daripada pemain yang bersemangat, tiada apa yang boleh menghalang mereka daripada mencapai kehebatan di dalam dan di luar padang. "Maka, harapan saya untuk meletakkan Scofa FC di kelompok tiga terbaik Liga Super Komuniti A3 Melaka untuk melayakkan ke Liga A2 dan A1 seterusnya ke Liga Malaysia, Insya-ALLAH," katanya. INFO Liga Super Komuniti A3 Melaka 2024 Scofa FC Sungai Putat FC Serkam United FC UTeM United FC SBC FC Melaka Cops FC Dynamo FC Desa Baru FC Danke FC Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-05-12 7:1:0

Catat Ulasan

0 Ulasan