Search

header ads

[SINARH] Selangor tak akan pertikai kemenangan percuma JDT



SELANGOR FC tidak akan mempertikaikan kemenangan percuma Piala Sumbangsih yang diberikan kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas skuad Gergasi Merah itu membuat keputusan menarik diri daripada perlawanan tersebut. Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, pihaknya sedar mengenai undang-undang termaktub dalam peraturan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan mengakui hak JDT untuk menjulang piala tersebut. "Itu undang-undang. Saya tidak akan protes sebab dalam undang-undang MFL sekiranya satu pasukan tidak hadir, kemenangan 3-0 akan diberikan. "Sebab itu pihak Selangor tidak pernah persoalkan kerana itu hak MFL dan hak JDT," katanya. Sebelum ini, Selangor telah membuat permohonan kepada MFL untuk menunda Piala Sumbangsih atas alasan keselamatan susulan insiden pemain sayap pasukan itu, Faisal Halim yang disimbah asid selain ugutan diterima oleh beberapa individu pengurusan kelab itu. Bagaimanapun, MFL menolak permohonan tersebut sekali gus menyebabkan Selangor membuat keputusan untuk menarik diri mengambil kira insiden dan ancaman terbabit. Tindakan Selangor itu bakal mengundang hukuman daripada MFL dan badan pengelola liga itu akan membawa isu tersebut ke peringkat Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi tindakan selanjutnya. Dalam pada itu, Shahril turut mengulangi harapan agar hukuman yang akan dikenakan oleh MFL tidak terlalu berat melihatkan situasi dihadapi skuad merah kuning itu. "Kita sudah minta untuk tunda Piala Sumbangsih dan kita sudah dapat jawapan iaitu tidak diterima. Keputusan telah dibuat. "Namun, harapan saya sekiranya ada apa-apa tindakan atau denda perhalusi dahulu dan jangan keruhkan keadaan kerana kita sayangkan bola sepak," katanya. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-05-15 9:9:0

Catat Ulasan

0 Ulasan