Search

header ads

[SINARH] Syafiq ledak gol terpantas bantu Kedah atasi PDRM 1-0 pada babak pertama



PENYERANG sensasi Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad hanya memerlukan 33 saat untuk meledak gol terpantas dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25 yang membuka tirai pada Sabtu. Jaringan pemain pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT) itu sekali gus meletakkan skuad Sang Kenari di depan mengatasi PDRM FC 1-0 pada separuh masa pertama dalam aksi Liga Super di Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Syafiq menyudahkan hantaran jauh dari kapten, Sony Norde untuk menewaskan penjaga gol The Cops, Bryan See. Jaringan tersebut mendapat bantahan pemain-pemain PDRM yang mendakwa penyerang berusia 28 tahun itu berada dalam kedudukan ofsaid. Namun gol tersebut disahkan oleh pengadil perlawanan, Mohd Fusser Mad Sallih menerusi sistem bantuan video pengadil (VAR). Ketinggalan satu jaringan tidak mematahkan semangat pasukan tuan rumah, namun beberapa percubaan gagal menemui sasaran, selain cuaca hujan turut membataskan percaturan mereka. Keputusan babak pertama kekal menyaksikan Kedah di depan dengan kelebihan satu jaringan mengatasi PDRM menuju ke bilik persalinan untuk tempoh rehat selama 15 minit. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-05-11 18:57:0

Catat Ulasan

0 Ulasan