Search

header ads

[SINARH] Tiga lelaki ditahan ketika leka isi diesel dalam tong plastik



BALING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Kedah menahan tiga lelaki yang sedang leka mengisi minyak diesel ke dalam tiga tong plastik di belakang sebuah lori di sebuah stesen minyak di Baling pada petang Isnin. Agensi tersebut dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan tersebut menemui sejumlah minyak diesel yang telah diisi ke dalam beberapa tong plastik. Menurutnya, seorang daripada tiga individu berkenaan telah mengaku sebagai pemilik lori namun gagal mengemukakan sebarang permit yang sah untuk memiliki barang kawalan tersebut. "Serbuan pada jam 1 petang itu dilakukan oleh empat pegawai dan anggota Penguat Kuasa KPDN Baling hasil risikan yang telah dilakukan sejak beberapa minggu yang lalu. "Pasukan serbuan telah menyita minyak diesel yang dianggarkan berjumlah 500 liter bernilai RM1,075, tiga unit tong plastik berkapasiti 200 liter dengan nilai anggaran RM210 dan sebuah motolori dengan nilai anggaran RM24,000," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. KPDN Kedah berkata, jumlah sitaan keseluruhan dianggarkan bernilai RM25,285. Jelasnya, tiga lelaki yang ditahan berusia awal 20 tahun hingga 30 tahun dan turut ditahan seorang pekerja stesen minyak tersebut bagi membantu siasatan. Tambahnya, Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122). Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-05-14 11:28:0

Catat Ulasan

0 Ulasan