Search

header ads

[SINARH] Treler muatan serbuk plastik terbakar



GOPENG - Sebuah treler yang membawa muatan serbuk plastik musnah terbakar di Kilometer (KM) 293.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan, di sini, pada Selasa. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian itu berlaku pada jam 5.01 pagi. Bagaimanapun, beliau memberitahu, kebakaran 70 peratus treler itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. "Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dibantu jentera tangki air Simpang Pulai bergegas ke lokasi kejadian. "Didapati treler itu musnah terbakar di bahagian belakang. "Ketua operasi melaksanakan size up serta mengaplikasikan konsep RECEO lalu mengarahkan anggota membuat pemadaman dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula dari air tangki jentera," katanya dalam kenyataan media pada Selasa. Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Wan Mohd Fadzil Wan Hamzah itu membabitkan seramai sembilan anggota dan tamat jam 6.17 pagi. - Awani Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-05-14 9:1:0

Catat Ulasan

0 Ulasan