Search

header ads

[SINARH] Yayasan MR D.I.Y, Tanoti bantu 70 mangsa kebakaran



SHAH ALAM - Yayasan MR D.I.Y. dan Tanoti Sdn Bhd (Tanoti) telah menghulurkan bantuan kepada seramai 70 orang Penan dari perkampungan Long Kerangan di kawasan Apoh, Ulu Baram, Sarawak dan mereka merupakan mangsa kebakaran yang berlaku pada Mac lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I.Y., Zaleha Mohd Mydin berkata, kebakaran tersebut telah menyebabkan kerosakan besar yang memusnahkan 17 pintu rumah panjang. "Yayasan MR D.I.Y. menyumbangkan pelbagai alat dan kelengkapan untuk membolehkan penduduk membina pondok perlindungan sementara menunggu kerajaan membina semula rumah panjang mereka. "Inisiatif ini dicetuskan oleh komuniti Tanoti, yang juga mengumpulkan sumbangan yayasan dari cawangan MR. D.I.Y. di The Hills, Kuching, dan menyerahkannya kepada Ketua Kampung Long Kerangan, Ajang Pen dan jawatankuasanya," katanya menerusi satu kenyataan. Zaleha berkata, yayasan dan Tanoti bersimpati dengan penduduk Long Kerangan yang kehilangan rumah dan harta benda mereka dalam kebakaran baru-baru ini. "Kami berharap sumbangan ini akan membantu mengurangkan beban mereka sementara menunggu rumah baru mereka siap dibina. Kami berterima kasih terutamanya kepada komuniti Tanoti kerana memaklumkan kepada kami tentang nasib penduduk rumah panjang di situ dan memastikan bekalan yang disumbangkan sampai kepada penduduk yang terjejas," kata Zaleha. Beliau berkata, kerjasama dan sokongan mereka adalah contoh yang paling sesuai untuk menunjukkan bagaimana Yayasan MR D.I.Y. bekerjasama dengan komuniti tempatan dalam menghasilkan impak yang positif kepada kehidupan rakyat Malaysia. "Kami berbesar hati dapat membantu penduduk Long Kerangan membina semula kehidupan mereka dan berduka cita atas musibah yang menimpa mereka dan kami komited untuk menyokong mereka sepanjang proses pemulihan ini," katanya. Yayasan MR D.I.Y. dan Tanoti, sebuah kolektif yang terdiri daripada penenun dan artisan wanita Sarawak yang mengusahakan pengeluaran, promosi, dan penghasilan semula fabrik tenunan tangan. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-05-09 12:25:0

Catat Ulasan

0 Ulasan