KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Perak, Selangor serta Kuala Lumpur hingga 9 malam ini.MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan dijangka terjejas di Perak ialah Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.Di Selangor, amaran itu melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat. - Bernama
Read more: SINARH
2026-03-21 20:5:0

0 Ulasan