Search

header ads

[SINARH] Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus mulai Disember ini - PM



PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan skim gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember tahun ini. Beliau berkata, kadar itu tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara. "Pada tahun ini, saya nak umumkan kenaikan skim gaji penjawat awam melebihi 13 peratus. "Cuma yang memeningkan bahawa tahun hadapan, apabila kita melaksanakannya ia akan mencecah RM10 bilion kerana jumlahnya besar dan lumayan. "Ini kenaikan terbaik dalam sejarah," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Sambutan Hari Pekerja 2024 yang bertemakan 'Pekerja Kesuma Bangsa' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Rabu. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong. Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Seri Dr Adnan Mat dan Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman. Pada 19 April lalu, Anwar menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kerajaan akan mengumumkan cadangan penambahbaikan termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam pada perhimpunan Hari Pekerja 2024. AKAN MENYUSUL
Read more:SINARH
2024-05-01 11:39:0

Catat Ulasan

0 Ulasan